Social Icons

Pages

Featured Posts

Friday, February 25, 2011

RILEKAN MINDA


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
* Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Benda apa yang kalau dilihat KOTAK,tapi kalau dipegang BULAT?
* Gambar Kotak kat baju aweks...hehehe
Knape bunyi kentut lelaki lagi kuat dari kentut pompuan?

* Sbb lelaki ade 'MIKROFON'....

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

* Pembohong...

Tuesday, February 22, 2011

AWISY DAN ARIQ DEMAM


Kesian hero-hero papa nie demam la pulak, tapi awisy nampaknya demam dah berkurangan. Ariq pulak yang bertambah2 demam.
Tadi bawa Ariq pergi klinik saujana, ingat nak pegi klinik amal, tapi bila dibuka pintu klinik... Perghhh... jenuh mata memandang, penuh.. kalo nak tunggu giliran tu mahunya kul 8 mlm nanti pun tak dapat jumpa doc lagi. Doc kat klinik saujana tu check ariq, suhu?38.5..
Harap-harap hero-hero papa nie akan cepat sembuh..

Monday, February 21, 2011

RABIUL AWAL


Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa penting dalam bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Sunday, February 20, 2011

Aman Darwisy & Aman Hadzriq
Sama tak??..lebeh kurang jer, acuannya pun sama...heheh... anyway, welcome to the world aman hadzriq (12 jan 2011) dan selamat menjadi abang untuk aman darwisy ( abg awisy)...

Thursday, November 18, 2010

SEKADAR RENUNGAN UNTUK SEMUA
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita melihat filem.
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladah buat semua saudara mara, kawan-kawan dan sahabat handai walau dimana pun anda berada. Bagi rakyar malaysia dimekah yang selasai menunaikan ibadah Haji, diharap kalian semua mendapat Haji yang mabrur dan semoga selamat sampai kembali di malaysia..

Saturday, September 18, 2010

AL-FATIHAH BUAT INSAN BERNAMA M.RAJOLI

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit lymphoma ataupun barah kelenjar otak.

Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.

M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja.

Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis.

Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, sebelum Zohor esok.

Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak.

p/s : terkenangkan watak dalam drama-drama allahyarham yang berbagai....

Friday, September 17, 2010

TIPS SHOOT PAGI

Tentu ramai yang belum tahu merakam gambar menggunakan cahaya matahari sebelah pagi boleh menghasilkan gambar yang lebih menarik. Ini berbeza jika kita merakam gambar pada waktu tengahari yang panas terik.

Tips untuk shoot waktu pagi:

#1. Lihat cahaya datang dari arah mana. Biasanya sudut cahaya berada di sekitar 35-45 darjah. Senang cerita, cahaya matahari datang dari tepi. Anda tentukan arah mana subjek ingin diletakkan.

#2. Waktu pagi yang cantik cahayanya adalah antara jam 8 pagi-10.30 pagi (tidak termasuk mendung dan hujan).

#3. Masa ini amat sesuai untuk merakam gambar potret outdoor kerana cuaca tidak terlalu panas. Mata pun tidak terpejam-pejam :)

Di bawah ini adalah contoh-contoh gambar yang di rakam pada waktu pagi. Masanya antara 8.30 pagi-9 pagi







*diharap tips ini berguna kepada kawan-kawan, diambil daripada noorizamsabran.com