BARCA JUARA PIALA JUARA-JUARA EROPAH
BARCELONA: Berpandu kepada kualiti dimiliki pemain serta corak permainan bola sepaknya, Barcelona seharusnya berhak menjulang trofi Liga Juara-juara Eropah, hari ini, menurut bintang tengahnya, Xavi Hernandez. Kelab Catalan itu mendapat pujian di seluruh Eropah bagi cara mereka melakarkan kejayaan berganda liga dan piala domestik dengan kekal kepada tradisi mereka itu bermain corak bola sepak terbuka dan menyerang.
Pep Guardiola mengambil alih daripada Frank Rijkaard pada musim panas lalu dan mengubah nasib skuad ini yang berada dalam kemerosotan sejak memenangi Liga Juara-juara pada 2006. Dengan Ronaldinho dan Deco dijual, Guardiola berjaya mengembalikan semula motivasi ke dalam skuad ini diketuai bintang kelahiran tempatan, Xavi Hernandez dan Andres Iniesta di bahagian tengah dan Lionel Messi di jentera serangan, yang mengukuhkan dakwaan bahawa dia adalah pemain terbaik di dunia. "Ini adalah final antara dua pasukan yang gemar bermain bola sepak dan pasukan yang berjaya mendominasi permainan akan menang," kata Xavi.
"Saya tidak dapat nyatakan bagaimana (Alex) Ferguson akan memilih untuk bermain permainan ini tetapi kami mempunyai falsafah jelas dan kami akan turun untuk mencari kemenangan. "Adalah penting kepada kami untuk menang permainan ini bagi falsafah kami dan kami mempunyai pemain terbaik yang boleh melakukannya," kata Xavi, yang mengakui terdapat ramuan tambahan kepada pertarungan ini selepas kekalahan kepada Manchester United pada separuh akhir tahun lalu. "Ia kekecewaan besar dan sudah tentu bola sepak adalah mengenai pembalasan tetapi ia juga adalah perlawanan akhir dan memenangi trofi ini menjadi kuncinya."
No comments:
Post a Comment