Tentu ramai yang belum tahu merakam gambar menggunakan cahaya matahari sebelah pagi boleh menghasilkan gambar yang lebih menarik. Ini berbeza jika kita merakam gambar pada waktu tengahari yang panas terik.
Tips untuk shoot waktu pagi:
#1. Lihat cahaya datang dari arah mana. Biasanya sudut cahaya berada di sekitar 35-45 darjah. Senang cerita, cahaya matahari datang dari tepi. Anda tentukan arah mana subjek ingin diletakkan.
#2. Waktu pagi yang cantik cahayanya adalah antara jam 8 pagi-10.30 pagi (tidak termasuk mendung dan hujan).
#3. Masa ini amat sesuai untuk merakam gambar potret outdoor kerana cuaca tidak terlalu panas. Mata pun tidak terpejam-pejam
Di bawah ini adalah contoh-contoh gambar yang di rakam pada waktu pagi. Masanya antara 8.30 pagi-9 pagi*diharap tips ini berguna kepada kawan-kawan, diambil daripada noorizamsabran.com
No comments:
Post a Comment