ASAS FOTOGRAFI
Untuk post yang pertama tentang fotografi ini kita perlulah mengetahui tentang 3 perkara penting dalam penggunaan Kamera iaitu 'shutter speed', 'aperture' dan 'ISO'.
1. Fahami Apa itu ‘shutter speed'
Rahsia pertama untuk merakamkan gambar yang menarik adalah
memahami apa itu "shutter speed". Shutter Speed adalah berapa lama
kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan
sesuatu imej.
Jika dalam keadaan cahaya yang kurang,lagi lama masa yang
diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan
gambar yang baik.
Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan
(speed) yang berbeza. Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30
sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak.
Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta.
Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi
melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.
2. Fahami apa itu 'aperture'
Aperture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya
dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.
Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4.
Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16.
Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja.
Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak
di dalam fokus dipanggil 'depth of field’.
3. Apa pula ISO?
Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga
dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau
digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah
dilaras dan diubah.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter
speed' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan
'shutter speed' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.
Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab
utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk
menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar).
Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO
yang perlahan.
*kredit kepada saudara noorizam sabran, semoga dengan perkongsian ini dapat menambahkan lagi ilmu kawan-kawan.
Thursday, September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment